top of page

NACHO CHEESE POWDER

OLEH GH-5

Apa itu serbuk keju?

Serbuk keju adalah keju yang diproses menjadi bentuk serbuk. Kebanyakan serbuk keju yang dipasarkan secara komersial menggunakan keju Cheddar. Ini adalah kerana keju jenis Cheddar lebih mudah diperolehi secara pukal dan mudah diadun dengan berbagai rasa.

Apa kegunaan serbuk keju?

Serbuk keju biasanya digunakan sebagai sos dan sos pencicah (dipping sauce) untuk potato wedges, fries, ayam goreng, nugget, burger, sausage, macaroni, spaghetti, lamb chop, chicken chop, tortilla, pie, roti cheese, kerepek, keropok lekor dan goreng pisang cheese.

Serbuk keju juga digunakan dalam bentuk serbuk dan ditabur atau digaul kering, khususnya dalam pembuatan popiah cheese, kerepek ubi cheese, kerepek pisang cheese dan biskut cheese.

Berapa lama tempoh hayat serbuk keju?

Kebiasaannya jangka hayat cheese serbuk keju adalah dalam tempoh sembilan bulan daripada tarikh dikilang (manufactured date). Namun begitu, untuk mendapat kualiti dan rasa serbuk keju yang tulen kami mengesyorkan serbuk keju digunakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh ianya dikilang. Oleh itu sentiasa rujuk kepada tarikh dikilang (manufactured date) dan tarikh luput (expiry date) pada label produk.

Apa langkah penyediaan serbuk keju ini?

Macam mana cara penyediaan serbuk keju?

Jangan risau! Dengan hanya 4 langkah yang mudah boleh siap keju yang meleleh-leleh.

2.jpeg
2.jpeg
2.jpeg
2.jpeg
5bf6b9dd13c35.jpg

Apa tunggu lagi? Cepat lah beli nanti habis!!!!

bottom of page